The Native Brand, P&G Studios dan dentsu Entertainment Melancarkan “Microsoap” Panjang Penuh Pertama Amerika yang Diterbitkan Bersama Jenama untuk Era Video Menegak, Diterbitkan oleh Pixie USA dengan Judul “The Golden Pear Affair”
Treler dan pelancaran siri pada Januari 2026; pengedaran berasaskan media sosial akan diikuti dengan pengalaman aplikasi proprietari
LOS ANGELES, Dec. 12, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Native, jenama kecantikan bersih dan penjagaan peribadi, P&G Studios, bahagian Procter & Gamble serta dentsu Entertainment, divisyen dalam dentsu, hari ini mengumumkan “microsoap” panjang penuh pertama di Amerika yang diterbitkan bersama jenama. Siri skrip pendek yang mengutamakan media sosial, “The Golden Pear Affair”, diterbitkan oleh Pixie USA, mentakrifkan semula drama bersiri klasik dalam bentuk baharu untuk era menegak berasaskan mudah alih. Direka untuk penonton masa kini yang mahir dengan budaya “swipe”, format “microsoap” baharu ini menyampaikan penceritaan pantas dengan babak mendebarkan serta perkembangan watak dalam episod bersaiz pendek. Dengan 50 episod, microsoap ini menampilkan sebuah kisah sinematik lengkap yang menyamai ruang lingkup filem panjang penuh. Bermula daripada asal-usulnya yang merintis dalam drama radio sehingga kejayaan kontemporari seperti Beyond the Gates (CBS), P&G bersama rakan kongsi terus menerajui evolusi genre drama bersiri.

Treler untuk “The Golden Pear Affair” terbitan Native akan ditayangkan pada Januari 2026, diikuti pelancaran siri tidak lama selepas itu di platform media sosial utama, sebelum dikembangkan melalui pengalaman aplikasi proprietari. Penonton bakal menikmati kisah romantik penuh pengembaraan yang mengangkat pengalaman siri menegak sambil mengekalkan suara tulen Native. Dibintangi Nick Ritacco dan Aloyna Real, dua pelakon mikrodrama terkemuka dengan pangkalan peminat yang besar, kisah ini menerokai tema penemuan diri, perjalanan, pengembaraan, cinta serta pengiktirafan terhadap nilai diri. Pelancaran awal akan memberi tumpuan kepada Amerika Utara dan sejajar dengan koleksi edisi terhad terbaharu Native yang akan tersedia di nativecos.com dan Target bermula akhir Disember 2025. Koleksi ini – Global Flavors – menampilkan haruman yang diiljamkan oleh lokasi dari seluruh dunia, membawa anda mengalami pengembaraan mewah tanpa perlu meninggalkan bilik mandi. Haruman ini, bersama komitmen Native terhadap formula bersih, menjadi inspirasi kepada jalan cerita keseluruhan filem serta detik-detik utama yang membawa anda dalam pengembaraan romantik penuh keterujaan.
Menggabungkan Native, P&G Studios dan Pixie USA, dentsu Entertainment membentuk projek ini dari segi kreatif dan pembangunan untuk menyampaikan sebuah kisah yang menghidupkan personaliti jenama Native yang karismatik serta produk kecantikan bersih dan berkesannya—semuanya berpusat pada mesej jenama bahawa anda layak mendapat yang lebih baik, anda layak mendapat produk bersih yang benar-benar berkesan.
Mikrodrama–atau siri mini menegak–telah berkembang pesat menjadi fenomena hiburan global, dengan unjuran menjana hasil global sebanyak USD11 bilion pada tahun 2025, yang mana Amerika Syarikat muncul sebagai pasaran terbesar di luar China. Lonjakan ini menyerlahkan skala, peluang dan momentum format tersebut.
Dentsu bukan sekadar turut serta, malah turut membentuk masa depan ruang ini, dengan Dentsu Ventures baru-baru ini melabur dalam inovator seperti Emole, pembangun aplikasi drama pendek, sekali gus mengukuhkan komitmen terhadap platform penceritaan generasi seterusnya. Pelaburan strategik ini melengkapi pendekatan bersepadu dentsu Entertainment terhadap kandungan berjenama dan pembangunan IP, memposisikan dentsu sebagai peneraju dalam ekonomi pencipta dan format video menegak. Projek ini merupakan kesinambungan kerjasama berterusan antara dentsu Entertainment dan P&G Studios yang telah bersama-sama menerbitkan pelbagai kandungan asli termasuk dokumentari “Culture of Winning: Polynesian Football Pride” awal tahun ini, serta siri dokumentari “The Cost of Winning” yang dicalonkan Sports Emmy.
Petikan
“Di P&G Studios, kami komited untuk mempertingkatkan cara pengguna berinteraksi dengan jenama kami,” kata Anna Saalfeld, Ketua P&G Studios. “Microsoap ini menampilkan komitmen kami terhadap inovasi ketika kami berusaha menggembirakan pengguna sambil memacu pertumbuhan untuk Native. Dengan menggabungkan penceritaan jenama klasik dengan landskap hiburan mudah alih yang sentiasa berkembang, kami menghargai format drama bersiri yang pernah dipelopori P&G dan mengoptimumkannya untuk era video menegak yang mengutamakan media sosial.”
“Kami teruja membawa Native ke dunia hiburan dengan siri ‘microsoap’ yang diinspirasikan oleh koleksi Global Flavors kami. Sama seperti haruman kami yang membawa anda menjelajah dunia tanpa meninggalkan bilik mandi, siri ini mengikuti watak-watak dalam pengembaraan mereka sendiri untuk mengenali diri dan membina keyakinan. Kami sentiasa mencari cara inovatif untuk menjangkau pengguna di mana sahaja mereka berada dan siri yang berorientasikan media sosial ini merupakan format sempurna untuk penceritaan. Ia merupakan kanvas yang ideal untuk menonjolkan bagaimana haruman yang tepat boleh menjadi transformatif—sama ada anda sedang menerokai tempat baharu atau mencari diri sendiri. Kami tidak sabar menanti penonton mengesan rujukan menyeronokkan dalam koleksi yang terselit di sepanjang jalan cerita,” kata Chris Talbott, Ketua Pegawai Eksekutif Native.
“Dentsu sentiasa sinonim dengan inovasi, mencari cara baharu untuk mencapai audiens dan menghubungkan jenama melalui peminat,” kata Geneva Wasserman, EVP Global Strategi & Pelaburan IP Hiburan, dentsu. “Mikrodrama sedang mencetus fenomena global dan usaha memperkukuh kedudukan dentsu dalam format yang pesat berkembang ini melalui kerjasama dengan pasukan hebat di P&G dan Pixie USA merupakan gabungan ideal. Jenama seperti Native bergerak pantas, komited kepada kitaran produksi yang pendek dan intensif serta mencuba cara baharu untuk mencapai pelanggan mereka – mereka adalah piawaian emas dalam kandungan jenama yang bercita-cita tinggi.”
“Mikrodrama adalah evolusi semula jadi drama bersiri, format yang berjaya dipelopori oleh P&G beberapa dekad lalu,” kata Jonas Barnes, Pengasas Pixie USA, sebuah studio mikrodrama untuk jenama yang beribu pejabat di Atlanta, Georgia. “Kini, kami berasa bangga membawa obor itu ke era baharu bersama Native—salah satu jenama paling inovatif dalam penjagaan rambut dan peribadi. Bersama-sama, kami sedang mentakrifkan masa depan pemasaran dipacu hiburan.”
Perihal Native
Ditubuhkan pada tahun 2015, Native ialah syarikat penjagaan diri yang menghasilkan produk bersih dan berkesan daripada bahan semula jadi, termasuk deodoran, pencuci badan, losyen badan, sabun tangan, ubat gigi, syampu dan perapi rambut. Untuk maklumat lanjut, layari www.nativecos.com atau ikuti Native di TikTok, Instagram, Facebook dan LinkedIn.
Perihal P&G Studios
P&G Studios membangunkan dan menghasilkan kisah berimpak tinggi serta naratif yang menarik, bagi memupuk hubungan relevan dengan penyelarasan jenama P&G yang berlaku secara semula jadi. P&G Studios telah menjadi pemacu utama di sebalik projek seperti Beyond the Gates (CBS), Culture of Winning: Polynesian Football Pride (Tubi), Coded: The Hidden Love of J.C. Leyendecker yang disenarai pendek untuk Oscar® (Paramount+), A Radical Act: Renee Montgomery (Roku), Fair Play (Hulu), TIME Women of the Year, koleksi filem berpengaruh Queen Collective (BET) serta pelancaran Seneca Women’s Podcast Network. Selain memiliki salah satu portfolio jenama yang paling dipercayai, berkualiti dan berwibawa, P&G Studios juga merupakan antara cara inovatif yang digunakan oleh Procter & Gamble untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia. Untuk berita dan maklumat terkini mengenai P&G dan jenamanya, sila layari http://www.pg.com.
Perihal dentsu Entertainment
Dentsu Entertainment ialah divisyen khusus hiburan di bawah dentsu dan merupakan sebahagian daripada amalan global dentsu Sports & Entertainment. Dentsu Entertainment, yang komited untuk membangunkan, membiayai, menghasilkan dan memasarkan kandungan bagi mewujudkan hubungan budaya, memberikan nilai kepada penonton, pemegang hak dan rakan jenama. Portfolionya merangkumi filem, televisyen, anime, permainan video dan format baharu, dengan memanfaatkan model komersial inovatif serta kepakaran kreatif global untuk membentuk kisah yang mendorong perbualan budaya dan bergema merentasi pelbagai platform.
Antara sorotan projek semasa termasuk The Angry Birds Movie: 3 (dengan Rovio, Flywheel Media dan Paramount Pictures) yang akan ditayangkan pada Januari 2027; serta Ball Games – sebuah filem animasi baharu hasil kerjasama dengan PGA of America dan penerbit John Cohen (Despicable Me serta The Angry Birds Movie).
Projek ini mencerminkan komitmen dentsu terhadap pelaburan IP dan inovasi hiburan, menghubungkan peminat kandungan bertaraf dunia dengan jenama yang mereka gemari.
Perihal dentsu
Dentsu ialah rakan kongsi pertumbuhan dan transformasi bersepadu kepada organisasi terkemuka dunia. Ditubuhkan pada tahun 1901 di Tokyo, Jepun dan kini hadir di kira-kira 120 negara dan wilayah, dentsu mempunyai rekod cemerlang dalam memupuk serta membangunkan inovasi, dengan menggabungkan bakat rangkaian global jenama kepimpinan untuk menghasilkan penyelesaian pertumbuhan bersepadu yang berimpak bagi pelanggan. Dentsu menyampaikan transformasi pengalaman menyeluruh (EX) dengan mengintegrasikan perkhidmatannya merentasi Media, CXM dan Kreatif, manakala pemikiran transformasi perniagaan (BX) mendorong sempadan transformasi dan pertumbuhan mampan untuk jenama, masyarakat dan dunia.
Dentsu, Innovating to Impact.
Ketahui lebih lanjut: www.dentsu.com / www.group.dentsu.com
Perihal Pixie USA
Pixie USA, yang dilancarkan pada tahun 2025 dan berpusat di Atlanta, ialah studio mikrodrama yang mengkhusus dalam penceritaan menegak premium yang mesra jenama. Diasaskan oleh penerbit Jonas Barnes, studio ini membangunkan dan menghasilkan mikrodrama sinematik dengan jenama yang disepadukan terus ke dalam naratif. Sebagai peneraju perubahan Hollywood ke arah kandungan bersiri yang mesra mudah alih, Pixie USA sedang mentakrifkan semula cara penonton berinteraksi dengan hiburan — dan cara jenama menjadi sebahagian daripada cerita.
www.pixieusa.com
Hubungi:
Matt Cross matt.cross@dentsu.com
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1d7f98f6-d0a5-4493-aaf0-a5db98d2c0e9
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.